Produk PTS Sdn Bhd

NOVEL SEJARAH ISLAM : KHALIFAH-KHALIFAH YANG BENAR




Saidina Abu Bakar as Siddiq
Lelaki yang tidak pernah ragu membenarkan semua kata-kata Nabi.Diangkat menjadi Khalifah selepas wafatnya junjungan agung.Dikenali sebagai peneguh kerajaan Islam dan berjasa  sebagai penghapus nabi-nabi palsu.
Saidina Umar al Khattab       
Lelaki yang awalnya keras keras ke atas Islam, akhirnya menjadi lelaki pendinding agama yang benar .Beliau harum sebagai pengembang empayar Islam.
Saidina Utman Affan                
Lelaki  yang mengahwini dua puteri Nabi, dikenali sebagai dermawan dan dikenang sebagai pengumpul Al-Quran .
Saidina Ali bin Abi Talib             
Lelaki yang punyai pertalian darah dengan Nabi,menjadi kanak-kanak yang pertama memeluk Islam,dihormati kerana tinggi ilmunya dan dikenang sebagai pahlawan Islam yang tidak pernah gentar kepada musuh.
Penulis : Abdul Latif Talib
Harga  : RM55.00


NOVEL SEJARAH ISLAM : PERANG-PERANG YANG BENAR




Dalam Islam, perang tidak dimulakan hanya kerana mahu menunjukkan kegagahan, tidak dimulakan hanya kerana mahu mengaut keuntungan dan tidak dimulakan kerana mahu membalas dendam.
Perang adalah suci, dan perang bermula pada ketika mahu mempertahankan akidah, kerana mahu menegakkan kalimah Allah, dan kerana mahu memenangkan yang benar.Inilah novel yang menghimpunkan antara kisah-kisah perang terawal dalam sejarah Islam. Perang yang tidak dimulakan atas sebab palsu dunia, tetapi dimulakan atas sebab-sebab yang benar.Inilah perang-perang yang benar: Badar, Uhud, Khandak dan Khaibar.
Penulis : Abdul Latif Talib
Harga  : RM55.00


NOVEL SEJARAH ISLAM : IMAM-IMAM YANG BENAR



Kisah empat imam yang menjadi pendiri empat mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. Inilah kisah mereka sedari kecil sehingga mereka meninggal dunia. Kisah pembelajaran mereka, kisah keistimewaan mereka, kisah kesengsaraan mereka, dan kisah mereka menentang kebatilan. Dituliskan dalam bahasa yang sesuai untuk semua peringkat umur.


Penulis : Abdul Latif Talib
Harga  : RM55.00

Tiada ulasan: