Lain-Lain Produk

BUKU SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD SAW

                      

Buku ini disusun dengan merujuk kepada banyak kitab sirah yang mu’tabar (authentic) namun secara umum, majoriti isi buku merujuk kepada buku:
  1. Ar Rahiqul Makhtum karya Syeikh Safiyyurahman al Mubarakfuri. Buku ini mendapat penghargaan sebagai juara Pertandingan Penulisan Sejarah Nabi saw anjuran Rabithah Al-Alam Islamiy.
  2. Kolum Hikmah diambil dari buku Silsilah fi Zhilal as Sirah an Nabawiyah karya Amru Khalid. Beliau merupakan insan yang sangat berpengaruh sehingga termasuk sebagai individu yang ke 13 paling berpengaruh di dunia menurut The Time Magazine. Majalah yang sama juga memilih beliau sebagai “the world’s most famous and influential Muslim television preacher”.
  3. Peta banyak merujuk kepada buku Atlas Perjalanan Nabi Muhammad SAW oleh Dr Sami’ bin Abdullah al Magluts.
  
Buku ini sungguh istimewa kerana:
  • 1.      Penyusunan kisah yang sistematik dan tersusun mengikut urutan peristiwa di dalam kehidupan Rasulullah saw seolah olah kita merasakan perjalanan hidup Rasulullah sendiri dari sejak kelahiran Baginda sehinggalah membawa kepada kewafatannya.
  • 2.      Setiap helaian kertas adalah berwarna dan dilengkapi dengan gambar gambar eksklusif berkaitan Rasulullah saw, keluarga dan sahabat Baginda. Ia sangat membantu untuk mendalami dan merasakan sendiri bagaimana kehidupan Rasulullah dan para sahabat.
  • 3.      Gambarajah perang, peta perjalanan Rasulullah, carta alir peristiwa, jadual ringkasan peristiwa, kolum hikmah dari setiap peristiwa semuanya disajikan bagi memudahkan pembaca memahami dan mengingati sirah Rasulullah saw.
  • 4.      Dan yang terisitimewa, buku ini juga disertakan dengan CD Album Nasyid berjudul ‘Sirah Teragung’ oleh komposer dan penasyid muda yang terkenal dan berbakat, Hafiz Hamidun yang memuatkan 8 lagu baru berkaitan Rasulullah saw dan 1 lagu bonus dari Album Super Hit beliau, Zikir Terapi Hati iaitu Lawkana Bainana. Semuanya disajikan kepada pembaca supaya kita seakan hidup bersama Rasulullah saw.



Penerbit      : Pustaka Maghrifah
Harga          : RM 280.00
M/Surat       : 600 m/s berwarna ( H/Cover)

ENSIKLOPEDIA BIDAAH
PUSTAKA SHEIKH NURUDDIN ( PSM)

                        
Buku ini menghuraikan mengenai permasalahan-permasalahan Bidaah yang sering berlaku dalam kehidupan umat Islam masakini. Turut diketengahkan antara amalan-amalan yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah saw yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah saw tetapi dilakukan setelah kewafatan Baginda saw. Antaranya seperti Mengumpulkan Mushaf (Al-Quran) dan lain-lain lagi.

Penyusun :Ust.Mohammad Subki Abd Rahman Al-Hafiz & Sdr.Mohd Rifqi Myiddin
Harga      : Rm 100.00                                   


BUKU BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW
(BUKU DALAM PROSES PERCETAKKAN SEMULA..INN SYA ALLAH AKAN ADA SEMULA DALAM BULAN MEI 2013)

                               Portals/mustread/ProductImages/biografi_w.jpg


BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.


Kelebihan buku ini ialah penyusun turut memasukkan gambar-gambar barangan peribadi Rasulullah saw seperti pedang Rasulullah saw, baju dan topi besi yang dipakai oleh Rasulullah saw ketika peperangan,lokasi Gua Hira'(tempat penurunan wahyu yang pertama) dan pelbagai lagi.



Merupakan sebuah buku yang sangat laris dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh penggemar buku.



Tiada ulasan: