Produk Terlaris Terbitan Kami !!!

BUKU MENYAHUT PANGGILAN BAITULLAH (TERBARU 2012!!!)
(KEHABISAN STOK. INN SYA ALLAH AKAN ADA SEMULA PADA JUN 2013)


Buku Menyahut Panggilan Baitullah ini merupakan sebuah buku yang mengupas tentang persoalan Ibadah Haji dan Umrah secara lengkap dan terperinci mengikut kaedah Mazhab al-Imam As-Syafie rahimahullah yang telah dikarang oleh Ustaz Shamsul Mohd Noor, seorang yang berpengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus haji dan umrah di Malaysia.

Buku ini sangat menarik kerana sebelum pengarang ingin menghuraikan tentang bab ibadah Haji dan Umrah, terlebih dahulu pengarang akan menghuraikan tentang sejarah awal bagi bagi Kota Makkah al-Mukarramah  dan Kota Madinah al-Munawwarah itu sendiri. Contohnya seperti Sejarah Pembinaan Kaabah,Siapa yang mula-mula membina Kaabah dan pengubahsuaian, Peristiwa Tentera Abrahah (Tentera Bergajah) Yang Ingin Merobohkan Kaabah, Perletakkan Hajaratul Aswad Oleh Rasulullah, Kisah Hijrah Rasulullah ke Madinah,Peristiwa Pembinaan Masjid Nabawi,Masjid-Masjid Bersejarah di Sekitar Madinah, Peristiwa Runtuhnya Kaabah pada akhir Zaman dan lain-lain lagi.

Disamping itu diketengahkan juga gambar-gambar bagi tempat-tempat yang berada disekeliling Kaabah seperti:

  • Hajaratul Aswad
  • Al-Multazam
  • Hijir Ismail
  • Makam Nabi Ibrahim as
  • Telaga air Zamzam
  • dan lain-lain.



Kupasan Mengenai Bab Ibadah Haji Dan Umrah:
  • Pengertian Haji,Umrah Dan Ziarah
  • Hukum Haji Dan Umrah
  • Istilah dan Tempat-tempat Penting Dalam Ibadah Haji
  • Kelebihan Haji Dan Umrah
  • Hikmah Mengerajakan Ibadah Haji
  • Kewajipan Melaksanakan Ibadah Haji
  • Antara Amalan Untuk Jemaah Haji Sebelum Berangkat Menunaikan Haji Dan Umrah
Jenis-Jenis Haji Dan Hukumnya:

  • Haji Ifrad dan Cara Perlaksanaannya.
  • Haji Tamattu' dan Cara Perlaksanaannya.
  • Haji Qiran  dan Cara Perlaksanaannya.
Rukun-Rukun Haji Dan Umrah:
  • Berniat Ihram Haji
  • Wukuf Di Arafah
  • Tawaf Mengelilingi Kaabah
  • Sai'e Antara Bukit Safa Dan Bukit Marwah
  • Tahallul ( Bercukur Atau Bergunting Rambut)
  • Tertib Bagi Sebahagian Rukun Haji

Cara Bergunting  Atau Bercukur
Gambar Masjid Masy'aril Haram

Gambar Bukit Marwah
Tembok Ratapan Masjid Al-Aqsa
                                   
Gambar Tempat Tinggal Ahli Suffah Pada Zaman Rasulullah Saw
Perkara Yang Membatalkan Haji
Buku ini sangat sesuai untuk dimiliki oleh setiap individu Muslim tidak hanya bagi mereka yang ingin mengerjakan ibadah Haji dan Umrah sahaja, malahan sesuai bagi semua golongan masyarakat kerana kupasan yang dibuat dalam buku ini insyaallah akan membuatkan hati kita terasa rindu untuk sampai kesana.Insyaallah.

Pengarang   : Ustaz Shamsul Mohd Noor
Penerbit      : Nadi Minda Resources
Ketebalan    : 491 Muka Surat ( Hard Cover / Full Colour)

BUKU BIMBINGAN PENGHAYATAN DAN KESEMPURNAAN SOLAT EDISI TERKINI 2012 !!!


Mengapa Anda Mesti Memiliki Buku Yang Istimewa Ini ???

a) Buku ini merupakan sebuah buku yang paling laris dipasaran dan ia telah diulangcetak sebanyak 18 kali cetakkan sejak daripada tahun 2003 hingga kini..

b) Menghuraikan secara terperinci semua persoalan berkaitan ibadah solat yang kita lakukan setiap  hari..

c) Turut diketengahkan bab Himpunan Doa-Doa Amalan daripada para nabi, para sahabat dan para tabien..Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai amalan kita setiap hari..

d) Disertakan  Bab 99 Nama-Nama Allah swt Yang Baik beserta dengan maksud serta fadhilat bagi amalan kita bersama..

Antara kandungan atau bab yang terdapat dalam buku ini ialah :
  • Bab Wuduk Dan Tayammum
  • Bab Azan Dan Iqamah
  • Bab Solat Dan Khaifiat ( Cara Perlaksanaannya )
  • Bab Wirid Dan Doa
  • Bab Sujud
  • Bab Roh Solat ( Mencapai Kekhusyukkan Dalam Solat )
  • Bab Solat Berjemaah
  • Bab Solat Jamak Dan Qasar
  • Bab Solat Khauf ( Solat Dalam Keadaan Takut )
  • Bab Mengkhada Solat
  • Bab Solat Jumaat
  • Bab Solat-Solat Sunat
  • Bab Solat Jenazah
  • Bab Doa (Disertakan Himpunan Doa-Doa Para Nabi, Para Sahabat Dan Tabiin )
  • Bab Zikir Serta Cara-Caranya
  • Bab Sejarah Kehidupan Imam 4 Mazhab ( Imam Hambali, Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Syafie ).
  • Bab Nama-Nama Allah Yang Baik ( Asma Al-Husna )



Contoh Niat Solat Fardu Dalam Bentuk Jadual




Gambarajah Praktikal Bagi Solat Jenazah


Gambarajah Praktikal Bagi Solat Dalam Kenderaan

Jadual Bilangan Rakaat Solat Jamak Dan Qasar

Gambarajah Kedudukan Jumlah Bacaan Tasbih Dalam Solat Sunat Tasbih




Jadual Azan Dan Jawab Azan

Asma al-Husna Berserta Maksud Dan Fadhilatnya ( Kelebihannya )




Solat Dalam Keadaan Peperangan / Solat Khauf



Penyusun     : Ustaz Johari Yaman
Penerbit      : Nadi Minda Resources
Ketebalan   : 726 Muka Surat ( Hard Cover )
Harga          : RM 150.00

BUKU KISAH PARA NABI (TERLARIS !!!)


Buku ini merupakan sebuah buku yang telah diterjemahkan daripada sebuah kitab berbahasa Arab iaitu Qisasul Anbiya Ibratul li ulil Albab ( Kisah Para Anbiya- Peringatan Bagi Orang Yang Berakal.


Kisah yang dipaparkan dalam buku ini bermula daripada kisah kehidupan Nabi Adam as sehingga kehidupan Nabi Isa as.


Turut dimasukkan juga sejarah beberapa kehidupan para Nabi daripada golongan Bani Israil yang lain seperti Nabi Hazqil as, Nabi Khidir as, Nabi Daniel as dan lain-lain.


Keistimewaan Buku Ini:


a) Kupasan yang terperinci disertakan dengan maksud bagi ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan kisah-kisah para nabi dan rasul.


b) Dimasukkan hikmah dan pengajaran penting bagi setiap kisah yang dipaparkan.


c) Ditambah dengan penerangan berkaitan pengertian nabi dan rasul, bilangan para nabi dan rasul, tugas para nabi dan rasul serta lain-lain lagi.


Antara Kisah Yang Menarik Terdapat Dalam Buku Ini:

  • Kisah Penciptaan Nabi Adam as
  • Kisah Banjir Besar Pada Zaman Nabi Nuh as
  • Kisah Nabi Musa as Dengan Firaun
  • Kisah Nabi Ibrahim as Menyembelih Nabi Ismail as
  •  Kisah Nabi Yunus as Yang Ditelan Ikan Nun
  •  Kisah Nabi Sulaiman as Dengan Puteri Balqis
  •  Kisah Nabi Isa as Yang Boleh Berkata-Kata Semasa Masih Bayi
  • Dan pelbagai lagi kisah yang penuh dengan pengajaran dan tauladan.
Buku ini sangat sesuai bagi semua golongan dalam usaha untuk lebih mengenali para nabi yang diutuskan Allah swt dan perjuangan mereka. Mengenali para nabi bagi meningkatkan keimanan kita kerana kita wajib mengenali 25 Nabi dan Rasul. Adakah kita semua dan ahli keluarga kita telah mengenali dan mengingati nama dan sirah nabi-nabi tersebut. Sudahkah kita menjalankan tangungjawab kita dan ahli keluarga kita untuk mengenali nabi-nabi tersebut.Manfaatkan buku ini sebagai sebuah buku yang membantu anda semua mengenali Para Nabi kekasih Allah dengan lebih dekat lagi. Insyaallah.


Penyusun     : Ustaz Johari Yaman 
Ketebalan    : 986 M/Surat ( H/Cover)
Harga           : RM85.00


BUKU MENGENALI RASULULLAH SAW (TERLARIS!!!)




Keistimewaan Buku Ini :
  • Mengupas sejarah perkembangan Islam seperti Sejarah Permulaan Azan, Sejarah Permulaan Puasa, Sejarah Permulaan Zakat dan sebagainya.
  • Mukjizat-mukjizat Rasulullah.
  • Sifat-Sifat Dan Keperibadian Nabi Saw.
  • Zikir-Zikir Dan Doa-Doa Amalan Rasulullah Saw.


Antara Kisah-Kisah Yang Menarik Terdapat Dalam Buku Ini:


  • Rahsia Disebalik Pemilihan Tanah Arab Sebagai Titik Permulaan Islam
  • Peristiwa Disebalik Jibril Membelah Dada Nabi Muhammad saw
  • Permulaan Penurunan Wahyu Kepada Nabi Muhammad saw
  • Peristiwa Disebalik Kisah Nabi Muhammad saw Diangkat Ke Langit Dalam Peristiwa Isra Mikraj
  • Peperangan yang berlaku sepanjang kehidupan Rasulullah.
  • Cara Rasulullah berdakwah dan menarik setiap golongan untuk beriman kepada Allah.
  • Dugaan dan ujian yang di terima oleh Rasulullah dan para sahabat ketika berdakwah.
  • Cara pergaulan dan kehidupan Rasulullah dengan keluarga dan sahabat baginda.
  • Sejarah permulaan-permulaan di dalam islam sepanjang kehidupan Rasulullah s.a.w seperti:-
    • Sejarah Pembinaan Masjid Nabawi (Masjid Nabi)
    • Sejarah Permulaan Azan
    • Sejarah Permulaan Puasa
    • Sejarah Permulaan Zakat
    • Sejarah Permulaan Haji
    • Sejarah Pengharaman Arak
dan pelbagai lagi kisah buat tatapan semua umat Islam.

Buku ini sangat sesuai untuk kita mengenali lagi  Nabi kita yang akan menyelamatkan kita di padang Mahsyar nanti. Jadikan Rasulullah sebagai idola hidup kita dan jadikan sunah baginda sebagai pedoman dan panduan hidup kita. Hadiahkan untuk diri anda dan orang-orang yang anda sayangi.

 

Setiap peristiwa disusun mengikut turutan tahun-tahun Hijrah

Penyusun      : ustaz Johari Yaman
Ketebalan     : 745 Muka Surat ( Hard Cover )
Harga           : RM 75.00



BUKU BIMBINGAN MUKMIN(TERLARIS!!!)


Buku Bimbingan Mukmin ini adalah terjemahan daripada sebuah kitab berbahasa Arab yang berjudul Mauizatul Mukminin ringkasan daripada kitab terkenal Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali.

KEISTIMEWAAN BUKU INI

Ulasan yang dikupaskan dalam buku ini sangat mendalam dengan kandungannya bagaikan mutiara ,membicarakan segenap persoalan hidup merangkumi:

  • Bab Ibadah
  • Bab Adab
  • Bab Akhlak
  • Bab Muamalah ( Jual Beli )
  • Bab Munakahat ( Perkahwinan )
Antara Kandungan Yang Menarik dalam Buku ini ialah:-
  • Mengupas secara mendalam berkaitan bab ibadah seharian kita seperti solat, puasa,zakat dan banyak lagi.
  • Penerangan yang di sertakan dengan hadis sahih dan keterangan melalui  al-quran
  • Mengulas bab akhlak mengikut syariah seperti sikap sabar, menghilangkan sikap marah, hilangkan dengki dan banyak lagi akhlak yang baik dan kelebihan kita mengamalkannya mengikut islam.
  • Mengupas adab-adab dalam islam seperti adab makan, adab tidur, adab dengan tetamu, adab dengan ibubapa, adab dalam majlis dan lain-lain lagi.
  • Menerangkan hukum jual beli dalam islam seperti halal haram perniagaan, hukum riba, akad jual beli, dan cara perniagaan islam.
  • Mengupas secara terperinci bab perkahwinan seperti syarat wali, syarat saksi, hak suami/isteri dan banyak lagi.

Buku ini juga turut mengandungi nasihat-nasihat kearah memartabatkan syaksiah menjadi seorang Muslim Mukmin dengan mengikuti jalur-jalur panduan yang digariskan oleh Allah swt dan Rasul-Nya.


Disamping itu, ringkasan ini juga turut memaparkan kaedah-kaedah latihan penghindaran diri dari akhlak yang kurang baik dan penyakit-penyakit hati serta kaedah mendekatkan diri kepada Allah swt sehingga kita akan merasakan bahawa kitalah hamba -Nya yang paling akrab dan hampir kepada-Nya.

Dapatkan buku ini bagi membimbing diri kita dan keluarga menjadi lebih cemerlang dari semua aspek sahsiah diri. Insyaallah.

Penyusun : Ustaz Johari Yaman & Ustaz Azahari
Ketebalan : 969 Muka Surat (Hard Cover)


BUKU PERANAN WANITA PADA ZAMAN RASULULLAH SAW (TERBARU!!)


Buku ini mengisahkan tentang sejarah kehidupan 70 wanita yang hidup pada  zaman Rasulullah saw .

Mereka terdiri daripada kalangan ibu, isteri dan anak-anak kepada para sahabat Rasulullah saw iaitu daripada penduduk Makkah dan penduduk Madinah.

Pengorbanan yang dilakukan mereka amatlah besar dalam memperjuangkan kemurnian dan penyebaran Islam pada zaman awal dahulu sehingga ada diantara mereka yang terkorban dalam peperangan yang dilalui demi mencapai cinta Ilahi.

Sesungguhnya semangat perjuangan mereka boleh dijadikan sebagai motivasi buat umat Islam masakini tidak kira samada bagi golongan lelaki mahupun wanita dalam usaha memartabatkan semua agama Islam yang mulia ini dimata dunia.

Penyusun : Ustaz Johari Yaman
Ketebalan : 478 Muka Surat (Hard Cover)
Harga : RM 55.00


BUKU MUKJIZAT RASULULLAH SAW


Buku ini menyajikan koleksi mukjizat dan pelbagai kisah dan kejadian aneh yang berlaku di sepanjang kehidupan Rasulullah saw. 

Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan mukjizat Rasulullah saw, terlebih dahulu penulis memaparkan secara jelas mengenai keperibadian, sifat, sikap dan budi pekerti Rasulullah saw yang sangat mulia dan luhur sehinggalah Baginda diangkat menjadi nabi dan rasul.

Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar yang telah hadir dihadapan manusia lebih empat belas abad lamanya , berbahasa Arab yang fasih, mempunyai nilai bahasa yang indah dan tinggi sasteranya. Susunan , keindahan dan ketinggian bahasa Al-Quran tidak akan dapat ditandingi oleh makhluk-Nya. Kesucian Al-Quran dijamin oleh Allah swt . Kunci segala ilmu ada padanya dan segala peristiwa yang berlaku tercatit di dalamnya.

Ejekkan-ejekkan daripada kaum kafir Quraisy terhadap dakwah Rasulullah saw juga turut dimasukkan dalam buku ini sebagai iktibar buat semua umat Islam agar kita akan merasa lebih kasih dan sayang kepada insan mulia yang bernama Muhammad saw.

Turut dikupaskan juga tentang kejahatan kaum Yahudi terhadap diri Rasulullah saw dan kaum Muslimin serta pengakuan para sarjana yang bukan Islam terhadap kepentingan Al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad saw.

Penyusun    : Ustaz Johari Yaman
Ketebalan   : 426 Muka Surat ( H/Cover)
Harga         : RM 55.00