Buku Cerita Kanak-Kanak

KOLEKSI 25 NABI



Siri Koleksi 25 Nabi ini menghimpunkan kisah-kisah para nabi daripada Nabi Adam as sehingga Nabi Muhammad saw sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak. Mempunyai pengajaran cerita yang boleh dijadikan iktibar buat kanak-kanak. Semoga perjuangan para nabi yang dipaparkan dalam koleksi ini dapat memberikan semangat kepada generasi kecil kita dalam meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt.

Penerbit : Pustaka Azhar, JB, Johor.
Kuantiti  : 25 Buku
Harga     : RM150.00


KISAH HAIWAN DARIPADA AL-QURAN


Set Cerita Haiwan Daripada Al-Quran ini menghimpunkan pelbagai kisah menarik mengenai haiwan-haiwan yang pernah difirmankan oleh Allah swt  dalam Al-Quran. Penyampaian yang digunakan mudah difahami disertakan dengan ilustrasi bergambar yang berwarna bagi menarik minat kanak-kanak membacanya.

Penerbit : Pustaka Azhar, JB, Johor.
Kuantiti  : 12 Buku
Harga     : RM65.00



KOLEKSI MUKJIZAT NABI-NABI

Buku ini menghimpunkan pelbagai kisah tentang mukjizat-mukjizat yang dikurniakan oleh Allah swt buat para nabi bagi membuktikan kebenaran akan kenabian mereka. Antaranya seperti Mukjizat Tongkat Nabi Musa as yang berubah menjadi ular besar dan kisah unta Nabi Soleh as yang keluar daripada batu.
Penerbit : Pustaka Azhar, JB, Johor.
Kuantiti  : 12 Buku
Harga     : RM75.00


ENSIKLOPEDIA MAKKAH UNTUK ANAK-ANAK

                            


Ibn Abbas berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini) untuk hidup di satu tempat yang lain.” Rasulullah SAW sangat mencintai kota Makkah ini. Jika ingin menjadi hamba Allah yang dicintai Allah, sewajarnya kita mencintai apa yang Rasulullah SAW cintai dan membenci apa yang Rasulullah SAW benci. Kenapa Rasulullah SAW sangat mencintai kota ini? Mesti ada keistimewaannya. Tetapi apakah keistimewaannya? Adakah hanya daripada sumber al-Quran dan hadis sahaja yang menceritakan keistimewaan Makkah? Atau ada lagikah bukti-bukti dari sumber yang lain? Bagaimana pula sejarahnya? Dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kota ini yang mesti kita ketahui. Semestinya insya-Allah banyak lagi maklumat yang berkaitan tentang kota suci ini dalam Ensiklopedia Makkah untuk Anak-anak. Semoga usaha yang sedikit dan murni ini akan memberi jawapan yang padu kepada anak-anak dan pembaca sekalian. Semoga buku ini bermanfaat kepada anak-anak dan para pembaca sekalian. Selamat membaca dan menghayatinya.

Nama Penulis : Ummu Ammar
Harga: RM 30.00
ISBN: 978-967-388-107-9
Saiz: 21 cm x 29.7 cm
Mukasurat: 176 ms












Tiada ulasan: