Buku Menyahut Panggilan Baitullah




Buku Menyahut Panggilan Baitullah ini merupakan sebuah buku yang mengupas tentang persoalan Ibadah Haji dan Umrah secara lengkap dan terperinci mengikut kaedah Mazhab al-Imam As-Syafie rahimahullah yang telah dikarang oleh Ustaz Shamsul Mohd Noor, seorang yang berpengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus haji dan umrah di Malaysia.

Buku ini sangat menarik kerana sebelum pengarang ingin menghuraikan tentang bab ibadah Haji dan Umrah, terlebih dahulu pengarang akan menghuraikan tentang sejarah awal bagi bagi Kota Makkah al-Mukarramah  dan Kota Madinah al-Munawwarah itu sendiri. Contohnya seperti Sejarah Pembinaan Kaabah,Siapa yang mula-mula membina Kaabah dan pengubahsuaian, Peristiwa Tentera Abrahah (Tentera Bergajah) Yang Ingin Merobohkan Kaabah, Perletakkan Hajaratul Aswad Oleh Rasulullah, Kisah Hijrah Rasulullah ke Madinah,Peristiwa Pembinaan Masjid Nabawi,Masjid-Masjid Bersejarah di Sekitar Madinah, Peristiwa Runtuhnya Kaabah pada akhir Zaman dan lain-lain lagi.

Disamping itu diketengahkan juga gambar-gambar bagi tempat-tempat yang berada disekeliling Kaabah seperti:

  • Hajaratul Aswad
  • Al-Multazam
  • Hijir Ismail
  • Makam Nabi Ibrahim as
  • Telaga air Zamzam
  • dan lain-lain.



Kupasan Mengenai Bab Ibadah Haji Dan Umrah:
  • Pengertian Haji,Umrah Dan Ziarah
  • Hukum Haji Dan Umrah
  • Istilah dan Tempat-tempat Penting Dalam Ibadah Haji
  • Kelebihan Haji Dan Umrah
  • Hikmah Mengerajakan Ibadah Haji
  • Kewajipan Melaksanakan Ibadah Haji
  • Antara Amalan Untuk Jemaah Haji Sebelum Berangkat Menunaikan Haji Dan Umrah
Jenis-Jenis Haji Dan Hukumnya:

  • Haji Ifrad dan Cara Perlaksanaannya.
  • Haji Tamattu' dan Cara Perlaksanaannya.
  • Haji Qiran  dan Cara Perlaksanaannya.
Rukun-Rukun Haji Dan Umrah:
  • Berniat Ihram Haji
  • Wukuf Di Arafah
  • Tawaf Mengelilingi Kaabah
  • Sai'e Antara Bukit Safa Dan Bukit Marwah
  • Tahallul ( Bercukur Atau Bergunting Rambut)
  • Tertib Bagi Sebahagian Rukun Haji

Cara Bergunting  Atau Bercukur
Gambar Masjid Masy'aril Haram

Gambar Bukit Marwah
Tembok Ratapan Masjid Al-Aqsa
                                   
Gambar Tempat Tinggal Ahli Suffah Pada Zaman Rasulullah Saw
Perkara Yang Membatalkan Haji
Buku ini sangat sesuai untuk dimiliki oleh setiap individu Muslim tidak hanya bagi mereka yang ingin mengerjakan ibadah Haji dan Umrah sahaja, malahan sesuai bagi semua golongan masyarakat kerana kupasan yang dibuat dalam buku ini insyaallah akan membuatkan hati kita terasa rindu untuk sampai kesana.Insyaallah.

Pengarang   : Ustaz Shamsul Mohd Noor
Penerbit      : Nadi Minda Resources
Ketebalan    : 491 Muka Surat ( Hard Cover / Full Colour)
Harga          :RM150.00

Tiada ulasan: