Produk Telaga Biru Sdn Bhd

  AL-QURAN WAQAF DAN IBTIDA' (TERBARU 2012 !!!)               



Al-Quran Al-Karim dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Al-Quran AL-Karim Dengan panduan Waqaf & Ibtida’ ini tidak sesekali merubah tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan.

  
Contoh muka surat


Nama Penyusun : Tan Sri Hj Hassan Azahari & Dr. Raof Tan Sri Hassan
Harga: RM 75.00
Saiz: 21.4 cm X 29.2 cm
Mukasurat: 641 Muka Surat


BUKU ENSIKLOPEDIA SOLAT


Sebuah buku yang mengabungkan semua bab solat yang terperinci dengan penerangan mengabungkan Fekah, Falsafah, Sejarah dan Saintifik. Sangat berbeza dari buku solat lain kerana ianya di hasilkan dalm bentuk 'ensiklopedia' yang mana setiap topik dikupas secara mendalam dan cara susunan topik mengikut huruf abjad. Jika topik tersebut bermula dengan huruf A maka ia akan berada di halaman hadapan sampailah topik tersebut huruf Z maka halamannya di belakang. 

Antara Kandungan Yang Terdapat Dalam Buku Yang Istimewa Ini:

AIR

  • Air anugerah Allah Pada manusia
  • Kepentingan air dalam Al-Quran
  • Keutamaan Air kepada Manusia Dari sudut Sains
  • Air Mutlak
  • Air Mustakmal
  • Air Muntanajis
  • Air Musyammas
ABAI SOLAT

  • Pengenalan : Meruntuhkan Tiang Agama
  • Hukum
  • Siksaan Bagi orang yang meninggalkan Solat
AB'AD : SUNAT AB'AD

  • Pengenalan : Pelengkap Solat
  • Takrif
  • Sunat-sunat Ab'ad
AURAT

  • Pengenalan : Manifestasi Kasih Sayang Allah Terhadap Hamba-hambanya
  • Takrif
  • Hukum
  • Had Aurat
  • Pakaian Ketika Solat
  • Pakaian Ketika Solat Jemaah
AZAN

  • Pengenalan : seruan Kesatuan Ummah
  • Takrif
  • Sejarah Azan
  • Hukum Azan
  • Keutamaan Azan Dan Muazin
  • Syarat Azan
  • Kaifiat Dan Sighah Azan
  • Sunat Azan
  • Azan untuk Tujuan Selain Solat
  • Profil Tokoh : Bilal Bin Rabah R.A
BATAL SOLAT

  • Pengenalan : Solat bersistem
  • Perkara-perkara yang membatalkan Solat
DUHA : SOLAT DUHA

  • Pengenalan : Nikmat Cahaya Duha
  • Takrif
  • Hukum
  • Bilangan Rakaat
  • Kaifiat Solat Duha
  • Kelebihan Solat sunat Duha
GERHANA : SOLAT GERHANA

  • Pengenalan
  • Takrif
  • Gerhana Secara Saintifik
  • Pensyariatan
  • Hukum Solat gerhana
  • Tatacara Satu : Solat gerhana Sempurna
  • Tatacara Dua :  Solat gerhana Ringkas
  • Bahaya Gerhana
HAID

  • Pengenalan : Darah Wanita
  • Takrif
  • Tempoh Haid
  • Perkara Yang diharamkan Ketika Haid
  • Larangan Jimak Ketika Haid
  • Ubat Penahan Haid
  • Darah Yang keluar
HARI RAYA : SOLAT DUA HARI RAYA

  • Aidilfitri hHari Kemenangan
  • Takrif
  • Pensyariatan
  • Hukum Solat Hari Raya
  • Tatacara Solat Hari Raya
  • Zakat Fitrah
HAJAT : SOLAT HAJAT

  • Pengenalan : Mencari Tempat Bergantung
  • Takrif
  • Hukum
  • Tatacara Solat Hajat 2 rakaat
HAI'AT : SUNAT HAI'AT

  • Pengenalan  : Aksesori Solat Sempurna
  • Takrif
  • Sunat-sunat Hai'at
IQAMAT

  • Pengenalan  : Seruan Pelengkap
  • Takrif
  • Dali Pensyariatan
  • Syarat Sah Iqamat
  • Lafaz Iqamat
  • Orang Yang melaungkan Iqamat
  • Azan Dan Iqamat Mempunyai Permasalahan Yang Sama
ISTIHADAH

  • Pengenalan : Wanita,Darah,Dan Penyakit
  • Takrif
  • Hukum
  • Keadaan Istihadah
  • Mengenal Pasti Jenis Darah
ISTINJAK

  • Pengenalan : Sebersih Jasad Semurni Hati
  • Takrif
  • Hukum
  • Kaedah Istinjak
ISTISQA : SOLAT ISTISQA'

  • Pengenalan : Pembenihan Awan Dan Pembenihan Iman
  • Takrif
  • Hukum Dan Kaedah Sembahyang Istisqa'
  • Khutbah Sembahyang Istisqa'
  • Doa Istisqa'
ISTHIKHARAH : SOLAT ISTIKHARAH

  • Pengenalan : Pilihan Hati,Pilihan Ilahi
  • Takrif
  • Tatacara Solat ISTIKHARAH
JEMAAH : SOLAT BERJEMAAH

  • Penegnalan : Penyatuan Iman Dan Taqwa
  • Takrif
  • Pensyariatan
  • Hukum
  • Posisi Makmum Mengikut Imam
JAMAK : SOLAT JAMAK

  • Pengenalan : Rukhsah Untuk Kemudahan
  • Takrif
  • Pensyariatan
  • Hukum
  • Posisi Makmum Mengikut Imam
JENAZAH : SOLAT JENAZAH

  • Pengenalan : Apabila Maut Menghampiri
  • Takrif
  • Nazak
  • Kematian
  • Pengurusan Jenazah
  • Tatacara Memandikan Jenazah
  • Tatacara Mengkafankan Jenazah
  • Solat Jenazah
  • Tatacara Solat Jenazah
  • Mengiringi Jenazah
JUMAAT : SOLAT JUMAAT

  • Pengenalan Muktamar Mingguan
  • Takrif
  • Pensyariatan
  • Hukum Solat Jumaat
KEPENTINGAN SOLAT

  • Pengenalan : Solat Adalah Tiang Agama
  • Hikmah Mendirikan Solat
KHAUF : SOLAT KHAUF

  • Pengenalan : Harapan Terakhir Hanya Pada Allah
  • Takrif
  • Pensyariatan
  • Hukum
  • Tatacara Solat Khauf 1
  • Tatacara Solat Khauf 2
KHUF : MENYAPU KHUF

  • Pendahuluan : Agama Sepanjang Zaman
  • Takrif
  • Pensyariatan
  • Hukum Menyapu Khuf
KHUTBAH

  • Pengenalan : Informasi Terkini,Maklumat Sensasi
  • Takrif
  • Pensyariatan
  • Hukum
  • Solat Ketika Khutbah
KIBLAT

  • Pengenalan : Satu Tuhan,Satu Kiblat
  • Takrif
  • Pensyariatan
  • Arah Kiblat
MAKRUH :PERKARA2 MAKRUH KETIKA SOLAT

  • Pengenalan : Munajat Yang Sempurna
  • Takrif
  • Perkara-Perkara Makruh Dalam Solat
MANDI SUNAT

  • Pengenalan : Segak,Bersih Dan Harum
  • Takrif
  • Jenis-Jenis Mandi Sunat
MANDI JUNUB

  • Pengenalan : Bersihkan Jasad,Sucikan Hati
  • Takrif
  • Pensyariatan
  • Hukum
  • Rukun Mandi Wajib
  • Sunat Ketika Mandi Junub
  • Perkara Haram Ketika Junub
MUSAFIR: SOLAT MUSAFIR

  • Pengenalan : Beribadat Dalam Perjalanan
  • Takrif
  • Hukum Perjalanan
  • Adab-Adab Musafir
  • Solat Qasar
  • Solat Jamak


Gambarajah Praktikal Bagi Solat Peperangan

Gambajah Pengurusan Jenazah

Pakaian Yang Tidak Menutup Dengan Sempurna

Bab Nifas

Penentuan Arah Kiblat

Mandi Sunat


Praktikal Tayammum

                                 
Sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutama para pelajar dan golongan berkerjaya dalam memantapkan lagi pemahaman dalam ibadah solat.
Penerbit                    : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga di Malaysia      : RM 100.00


  
BUKU INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT


Buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan sebuah buku yang terlaris keluaran daripada Penerbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Buku ini merupakan sebuah buku yang sangat sesuai dijadikan sebagai panduan buat diri sendiri mahupun sebagai rujukan seisi keluarga khususnya dalam bab Fardu Ain dan Fardu Kifayah.

Kandungan yang terdapat dalam buku ini merangkumi semua syariat bermula daripada:

a) Syariat Ketika Kelahiran





b) Fardu Ain Kanak-Kanak
c) Penekanan Terhadap Pendidikan Remaja
d) Hukum-Hakam Dalam Urusan Mualmalat ( Jual-Beli )
e) Bab Munakahat ( Nikah Kahwin Dan Perihal Rumahtangga )
f) Amalan-Amalan Zikir, Doa dan Adab. 

Semua ini bersumberkan daripada Al-Quran dan hadith sahih.
 
Teknik yang disampaikan dalam buku ini juga dibuat secara ringkas dan lengkap dengan gambar rajah, carta dan ilustrasi yang sebenar bagi memudahkan lagi pemahaman pembaca.

Penyusun : Dato Ismail Kamus & Mohd.Azrul Azlen Abd.Hamid
Ketebalan : 308 M/Surat ( H/Cover )
Harga       : RM 55.00
 
BUKU FURU AL-MASA'IL

 
Furu' Al Masail merupakan sebuah kitab yang yang telah dikarang oleh Sheikh Maulana Daud Bin Abdullah Al-Fathani , seorang ulama nusantara yang tersohor.  Kitab tersebut telah disusun semula oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh semua golongan. Ini kerana tulisan  yang digunakan dalam kitab asal ialah tulisan jawi lama. Buku ini mengupas pelbagai topik dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi:

a) Aspek-Aspek Ibadah ,
b) Munakahat (Perkahwinan), 
c) Muamalat (Jual -Beli ) 
d) Jinayat. 

Dalam buku ini merangkumi dua bahagian iaitu bahagian Usuluddin dan Fekah. Yang menariknya ,isi kandungan yang terdapat dalam buku ini mengupas tentang sesuatu perkara itu dalam bentuk persoalan dan jawapan yang akan diberikan adalah merujuk daripada sumber Al-Quran dan hadith Nabi saw. 

Penerbit       : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga          : RM 75.00
Ketebalan    : 763 M/Surat ( H/Cover)


BUKU SYAMAIL MUHAMMAD SAW-KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW 

                                                    
Buku Syamail Muhammad saw ini merupakan sebuah buku himpunan hadith-hadith oleh Imam al-Tirmizi mengenai Rasulullah s.a.w. dalam 5 aspek kehidupan baginda iaitu:


1) Fizikal:
Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.


2) Perilaku: 
Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.


3) Ibadah: 
Wuduk, doa, wangi-wangian, solat dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-quran.


4) Perhubungan & akhlak: 
Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.


5)Penghidupan: 
Nama-nama rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat rasulullah.
 
Harga : Rm45.00 ( Kulit Keras)